BANTUAN SARA DIRI

MAHASISWA PERAK

  • Bantuan tambahan bagi menampung perbelanjaan harian mahasiswa sewaktu menjalani pengajian di IPT.

SYARAT BANTUAN SARA DIRI

1. Anak kelahiran Negeri Perak seperti berikut:-

◦ Pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Perak ; atau

◦ Pemohon dan ibu atau bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin di Negeri Perak lebih daripada 10 tahun ; atau

◦ Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak dan telah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun.

◦ Keutamaan kepada mahasiswa yang masih menetap di Negeri Perak.

2. Sedang melanjutkan pengajian SEPENUH MASA dalam SEMESTER KEDUA DAN KE ATAS peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (MASTER) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

3. Open Universiti Malaysia (OUM) tidak layak untuk memohon bantuan ini.

4. Semua permohonan perlu mendapat sokongan / pengesahan pihak Hal Ehwal Pelajar di IPT pemohon.

5. Isirumah (Ibu dan Bapa) keluarga berpendapatan di bawah RM3,000 kebawah (gaji pokok).

6. Keutamaan kepada mahasiswa yang memperoleh PNG 3.0 dan ke atas.

7. Mahasiswa yang telah mendapat sebarang bantuan Biasiswa Pendidikan dari mana-mana agensi mahupun syarikat korporat tidak akan dipertimbangkan.

8. Pemberian sekali setahun sahaja bagi setiap pelajar mengikut peringkat pengajian. (Bantuan Sara Diri).

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

1. Salinan myKad pelajar, bapa dan ibu yang lahir di Perak.

2. Salinan kad pelajar.

3. Salinan penyata akaun bank pelajar.

4. Salinan Surat Pengesahan Bermastautin/ Surat Kematian dan Surat Bercerai (jikaberkaitan).

5. Salinan Transkrip Keputusan Peperiksaan Terkini.

6. Penyata pendapatan (isirumah) bapa & ibu / penjaga yang disahkan oleh Pegawai daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional (gred 41 / Gred 3, Kumpulan A ke atas) dan sekiranya pesara sila kepilkan salinan penyata pencen bulanan atau jika bekerja sendirisila dapatkan pengesahan pendapatan.

7. Borang Perakuan : Borang perakuan ini wajib disertakan bersama-sama dokumen sokongan

Sila pastikan semua dokumen berkaitan dilengkapkan dan diperakukan sebelum mengisi borang permohonan atas talian.

PERMOHONAN BANTUAN SARADIRI SEDANG DIKEMASKINI

Step 1 of 8